BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 17 Disember 2009

MA'AL HIJRIAH 1431....



FIRMAN ALLAH S.W.T dalam surah At-TAUBAH ayat 36 tafsirnya;

"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan pada sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang ditetapkan dlm kitab ALLAH semasa dia mencipta langit dan Bumi, Di antaranya empat bulan yang DihOrmati (iaitu ZULKAEDAH,ZULHIIJJAH,MUHARRAM dan REJAB)"

BUKAN bermakna bulan lain tidak di hormati tetapi keberkatan Allah turun pada empat bulan ini.

MUHARAM- 'membawa DIHARAMKAN atau DIPANTANG iaitu Allah melarang melakukan peperangan atau penumpahan darah. Bulan itu penuh dengan peristiwa dalam sejarah TamaduN Islam...Seama 30 HARI itu penuh dgn pelbagai keistimewaan. TERistimewa adalah SEPULUH hari pertama.. Banyak peristiwa berlaku sejak zaman berzaman dalam sejarah muharam yg Di kenali dengan "Asyura"... Beberapa perkara penting berlaku pada muharam mengikut pandangan cendekiawan ilmu dalam, termasuk bulan ini ialah Allah menciptakan Syurga & BUMI , menyelamatkan Nabi dripada kezaliman Musuh DAn menciptakan ADAM ALAIHIS SALAM....

Antara yg Di SUNATKAN dlM BULAN MUHARAM:

1>BERPUASA ; Maksud hadis "barangsiapa berpuasa satu hari dlm bulan muharam PAHALANYA SEUMPAMA BERPUASA 30 TAHUN" manakala SESIAPA YG BERPUASA 3 HARI DLM BULN INI iaitu khamis,jumaat & sabtu Allah akan tulis PAHALA padanyaseperti DUA TAHUN BERIBADAT.

2>BANYAKKAN amal ibadat solat sunat,berzikir dan sebagainya.

3>Berdoa Awal tahun pada 1 muharram selepas magrib 3 kali.


BERTAUBATLAH kerna hanya ia ubat mujarab bagi penyakit hati...Berhijrahlah dgn Hijrah QAlbiah & jadikan Allah sebagaii matlamat yg harus Di tuju.........SAlam MAal ijriah 1431 ikhlas hati R.Dyah & keluarga..

Isnin, 14 Disember 2009

AyaT SeRiBu DiiNAR





Baca mulai hujung ayat 2 – wa mayyat taqillah

At-Talaq [2] ……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

At-Talaq [3] Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.


Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :

* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.

* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.

* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan

* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh..

SELAMAT MENGAMALKAN..... :)

Khamis, 26 November 2009

BerQorbanLAH kerNA ALLAH TAALA NsyALLAH Syurga Jadi Istana~




ALHAMDULILLAH~ Terima Kasih YA ALLAH memurahkan Rezki Keluargaku menyempurkan ibadah Qurban di tahun 1430 Hijrah ini....Moga engkau Redha terhadap ibadah kami serta merahmati Keluargaku ke jalan yang engkau Rahmati dengan hidayahmu...AMIN AMIN AMIN YA RABBAL A'ALAMIN...SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDUL ADHA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM~ MOGA SEMUANYA DLINDUNGI & DIBERKATI ALLAH JUA...IKHLAS DARI aL RDYA & KELUARGA

Sabtu, 14 November 2009

Tiada Daya Tiada Upaya Melainkan Engkau YA ALLAH

>


Ibrahim Adham, seorang ahli sufi yang sangat masyhur pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah, mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah pada hal kami selalu berdoa.

Ibrahim Adham menjawab: "Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu":

-Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.

-Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.

-Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.

-Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.

-Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.

-Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.

-Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.

-Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.

-Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.

-Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

Khamis, 5 November 2009

Umrahku Di DIAbetes CliniC~














Umrah ku di diabetes centre sengaja ana tampilkan di layar blog ana ini....sebagai ingatan dan pengongsian pengalaman yang telah ana hadapi di sana...Sememangnya diabetes centre memberi banyak pengalaman dan pengajaran yang boleh di katakan mencabar..... banyak melempiaskan tenaga air liur saaja hehehe.... memberi educational health pasal kancing manis lah tu ertinya ahh...tapi macam biasalah urang-urang kitani ani ada yang merati menjaga pemakanan and ada jua yang buat deee saja........Macam example ahh "paci bila kita hypo(kurang gula dlm badan)...just in case tuk emegency kita sediakan minuman bandung/tebu di siring kita tidur atu...so kalau kajar kajar minum saja...balik balik di bgitau pun masih jua btanya....prefer pulang makan gula gula...mun begigi nda jua ku kisah.....ani tinggal 2 3 bilah ganya...eh ada ada saja~

lagi satu ragam nya urang kitani ani....... Indakan mau membalance diet bisia nyanta...yatah membarinya obesity meningkat..penyakit pun melarat-larat... cubatah bila nya Doktor kurangkan pengambilan lemak atu bertindaktah mengikut ARAHAN....Ani nda......makin lagi di makan...... Sudah gemuk karang menangis-nangis mau kurus!!! padahal salah diri...Remember apa yang doktor nasihatkan atu tuk kbaikan biskita jua...............Obesity anitah virus segala penyakit ni.....boleh menjalar ke tinggi cholestrol- tinggi darah-sakit jantung-stoke-kancing manis- buah pinggang-urat saraf...........

so kepada belia muda mudi....may be tani muda-mudii ani alum nampak sign symptoms nya......but we dont know coming 4-5 years maybe barutah nampak complication nya.we better watch out on pemkanan tani......ok!!!! until here dulu...nanti lagi saya update!!!!! Assalamualaikum~

Khamis, 29 Oktober 2009

WANITA- Ingatan BersaMA~

">


Wanita,
Kau dicipta bukan utk disanjungi,
Kau dicipta bukan utk disakiti,
Kau dicipta bukan utk dizalimi,
Kau dicipta bukan pemuas nafsu lelaki.

Wanita,
Dahulunya kau dihina,
Dahulunya kau dipandang rendah,
Dahulunya maruahmu tiada harganya,
Tapi...Itu dahulu,
Tatkala jahiliyyah menyelubungi kehidupan,
Tatkala manusia bertuhankan nafsunya.

Wanita,
Islam hadir menaikkan martabatmu,
Islam hadir memuliakan dirimu,
Islam hadir memprjuangkan hakmu,
Bukankah tangan yg lembut menghayun buaian bisa menggoncang dunia.

Wanita,
Auratmu bukan utk dipertontonkan,
Rambutmu bukan utk ditayangkan,
Tubuhmu bukan utk diperagakan,
Maruahmu bukan utk digadaikan.

Wanita,
Tutuplah auratmu,
Selubungilah perhiasanmu,
Jagalah kehormatanmu,
Elokkanlah perilakumu.

Wanita,
Aku masih bingung seribu satu persoalan,
Bagaimana engkau masih sanggup memaniskan muka,
mengukir senyuman manismu,
meramahkan bual bicaramu,
kepada lelaki yg bukan muhrimmu.

Wanita,
Tidakkah kau tahu ,
Lelaki itu sememangnya diciptakan oleh Allah,
Dengan jiwa yg dahagakan keindahan wanita,
Tidakkah kau tahu ,
Lelaki seringkali menganggap wanita sebagai hidangannya.

Wanita,
Aku sering kali tertanya-tanya,
Mengapa terlalu mudahnya utk kau,
merelakan lelaki bukan muhrimmu menyentuhmu,
Apakah alasanmu??
Adakah kerana kau telah bertunang dgn si dia,
Ketahuilah!! Pertunangan bukan tiket utk disentuh atau menyentuh,
Pertunangan bukan tiket utk kau bebas ke hulur ke hilir.

Wanita,
Sedarlah...
Harga dirimu terlalu mahal nilainya,
Harga dirimu tak bisa dijual beli apatah lg utk digadai.

Wanita,
Peliharalah agamamu,
Pertahankanlah maruahmu,
Tajamkanlah pemikiranmu,
Teguhkanlah keimananmu.

Wanita,
Warkah ini khas utk dirimu,
Bukan utk berceramah,
Bukan utk mencari salah,
Tetapi warkah ini luahan rasa kebimbangan,
Aku juga bukan laki2 yg sempurna,
Aku juga sering kali lupa,
Aku juga ada kelemahannya,
Bersamalah bermuhasabah...

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kurniakan kami isteri dan zuriat yg soleh yg menjadi penyejuk hati2 kami.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kurniakan kami serikandi sejati dlm hidup kami ini,
Serikandi yg bisa mengingatkan kami tatkala kami lupa kepadaMu,
Serikandi yg bisa menemani perjuangan kami dlm menegakkan agamaMu,
Serikandi yg setia bersama kami mengharungi susah payah kehidupan ini.
Ya Allah ,
Ampunilah kami yg sering kali alpa dan leka,
Ampunilah dosa2 ibu kami yg telah bertarung nyawa melahirkan kami,
Ampunilah dosa2 ayah kami yg bermandi keringat membesarkan kami,
Ampunilah dosa2 guru2 kami yg telah mengajar kami mengenalMu Ya Allah,
Ampunilah dosa2 sahabat2 seperjuangan kami yg setia berkongsi suka dan duka bersama,
Ampunilah dosa2 saudara2 seagama kami.
Sesungguhnya Hanya Engkau Tempat Kami memohon Pertolongan.
Amin....

Hasil Nurkilan; DHIYAUL ISLAM..

Sabtu, 17 Oktober 2009





Terpaku aku kesepian
merenung iman yang masih nipis
Sejenak aku menangis
Mampukah ibadahku menebus Dosaku yang bertapis tapis.........


Allah Ya RAB
Tetapkan Aku dalam AGama MU
Tetapkan Aku MengingaTMu
Tetapkan Aku Bersujud padaMU
Tetapkan Hatiku Terpaut padaMU
Sungguh nya tiada Cinta yang mampu melebihi Cinta ALLAh & RASULNya.........


Hamba yang kerdil...

Rabu, 30 September 2009

Salam AidilFitri Dari ku~





ALHAMDULILLAH Dipanjangkan Umur berada Di syawal yg Mulia ini............Sungguh besar nikmatmu YA ALLAH mengizinkan Hamba menunaikan ibadah puasa selama 1 bulan/1 purnama Di Ramadhan 1430H ini......Walaupun hamba seorang perempuan yang banyak menghadapi cobaan dan Dugaan darimu.... Ya ALLAH Ya RAB....izinkan aku menyusuri liku-liku iman dalam Agamamu...Dan beriku peluang menunaikan ibadah puasa sunat 6 Hari di Bulan Syawal ini......Amiiinnnnn~~~~~

Selasa, 15 September 2009

BeRtadarus Program Belia Diakhiri Majlis Khatam Al-Qur'an..







BERAKAS, Sabtu, 12 September. - Majlis Bertadarus Al-Qur'an Program Belia berakhir petang ini dengan Majlis Khatam Al-Qur'an diselajurkan dengan bertahlil, berbuka puasa dan Sembahyang Maghrib berjemaah di sebuah hotel..

Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat dan Datin.


MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat hadir selaku tetamu kehormat di Majlis Penutup Program Majlis Bertadarus Al-Quran Bulan Ramadhan Belia 1430H/2009M.

Juga hadir Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dato Paduka Awang Haji Jemat bin Haji Ampal, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan pegawai-pegawai kanan KKBS.

Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Faatihah dipimpin oleh Awang Mohd. Fahime bin Haji Metussin yang juga mengetuai bacaan ayat-ayat lazim, memimpin bacaan Doa Khatam, Doa Takhtim, bertahlil dan Doa Selamat.

Terdahulu seramai 30 belia telah membaca 30 juz Al-Qur'an dengan setiap seorang belia membaca satu juz.

Bacaan Surah-surah Khatam, Doa Khatam, Doa Takhtim dan bertahlil juga disertai seramai 45 belia mewakili Persatuan-persatuan Belia, Majlis Belia Brunei dan cawangan-cawangannya, Persatuan Pengakap Brunei, Persatuan Bulan Sabit Merah Brunei dan Majlis Wanita Brunei.

Acara diteruskan dengan majlis berbuka puasa dan Sembahyang Maghrib berjemaah yang juga diimamkan oleh Awang Mohd. Fahmie.

Tadarus Al-Qur'an bulan Ramadan bagi belia merupakan kegiatan keagamaan anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Belia, Persatuan-persatuan Belia dan Majlis Belia Brunei bertujuan bagi menyemarakkan bulan suci Ramadan selain sebagai usaha mengeratkan silaturahim di kalangan belia di negara ini.

Khamis, 27 Ogos 2009

27 OGOS 2009.... Ada jemputan Tadarus BELiA....







Belia DBM(daerah BRunei Muara) bertadarus Al-Qur’an..

BENGKURONG, Khamis, 27 Ogos. - As usual setiap tahun menjelang bulan Ramadan Al-Mubarak umat Islam di negara ani meningkatkan amalan dan menganjurkan kegiatan-kegiatan keagamaan termasuktah majlis-majlis bertadarus..untuk mendapatkan keberkatan dan fadilat dari Allah Subhanahu Wata’ala..

Petang kemarin Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Cawangan Daerah Brunei dan Muara dengan kerjasama Takmir Masjid Kampung Bengkurong mengadakan Program Bertadarus Al-Qur’an Bulan Ramadan Belia di Masjid Kampung Bengkurong, Mukim Kilanas..& i am the one of belia DBM..kana jemputlah....well behagia lah rasanya hehehe....


Tetamu khas::SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kebajikan Belia dan Sukan, Dato Paduka Awang Haji Jemat bin Haji Ampal hadir di Majlis Program Bertadarus Al-Quran Bulan Ramadhan Belia anjuran Jabatan Belia dan Sukan di Masjid Bengkurong.

Bertadarus Al-Qur’an 30 juz dibuat secara berkumpulan oleh para belia dengan bimbingan ‘pentasmiq’ atau guru pembimbing terdahulu sebelum majlis bermula.

Sementara itu majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Faatihah dipimpin oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Dato Paduka Awang Haji Jemat bin Haji Ampal, selaku tetamu kehormat.(he came around 5.15pm lah) Then taruslah kami bertadarus bersama-sama.....

Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian cenderamata sejumlah 25 unit rehal sumbangan JBS kepada Jawatankuasa Takmir Masjid dan sumbangan derma bagi anak-anak yatim Kampung Bengkurong dari pegawai-pegawai dan kakitangan JBS dan orang-orang perseorangan oleh tetamu kehormat.

Untuk pengetahuan semua....Majlis tadarus ani di adakan tujuannya iatah tu...;;

-Program Bertadarus Al-Qur’an Bulan Ramadan Belia diadakan untuk menyemarakkan bulan Ramadan yang mulia dengan kegiatan-kegiatan berkebajikan.

-ia juga bertujuan untuk meningkatkan kefahaman belia tentang kepentingan membaca dan menghayati Al-Qur’an sebagai panduan hidup.

-Program bertadarus atu jua diharap dapat mempertingkat dan mengukuhkan kesefahaman dan kerjasama di antara agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan dan tarbiah belia selain menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti keagamaan.

Sabtu, 8 Ogos 2009

Kenali ALLAH S.W.T





20 sifat WAJIB & MUSTAHIL

1. Wujud

Ertinya Allah itu ada. Mustahil Allah itu tiada dan bukti Allah itu ada ialah adanya alam ini. Tidak mungkin adanya sesuatu itu tanpa ada yang mengadakannya atau menjadikannya.

2. Qidam

Ertinya Allah itu tidak ada permulaan bagiNya. Mustahil Allah itu ada permulaan bagiNya, kerana kalau Allah itu ada permulaan makan samalah Ia dengan makhluk. Jika sama dengan makhluk makan Ia bukan Tuhan.

3. Baqa

Ertinya Allah itu kekal selama-lamanya. Mustahil Allah akan kekal binasa kerana jika Ia binasa maka alam ini tidak akan sempurna dan akan sama turut binasa. Allah kekal selama-lamanya kerana Ia tidak dijadikan tetapi Ia yang menjadikan sesuatu dan menyempurnakannya.

4. Mukhalafatuhu Lil Hawadis

Ertinya Allah tidak meyerupai dengan makhluk. Mustahil Allah menyerupai makhluk kerana Ia yang menjadikan makhluk, antara yang menjadikan dengan yang dijadikan sudah pasti berlainan.

5. Qiyamuhu Binafsihi

Ertinya Allah tidak memerlukan kepada yang lainnya. Mustahil Allah memerlukan kepada yang lainnya kerana jika Allah memerlukan kepada yang lain maka sudah tentu ia lemah, tidak sempurna dan Ianya bukan Tuhan.

6. Wahdaniyah

Ertinya Allah itu Maha Esa. Mustahil Allah berbilang-bilang (banyak) kerana jika ia berbilang sudah tentu akan terdapat perbezaan pendapat serta timbul pula perselisihan faham yang mengakibatkan kebinasaan alam ini.

7.Qudrat

Ertinya Allah itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah kerana jika Ia lemah maka sudah pasti alam ini tiada daYa Ianya bukan Tuhan.

8. Iradat

Ertinya Allah menetapkan sesuatu mengikut kehandakNya. Mustahil Allah dipaksa kerana jika dipaksa Ia adalah lemah dan Ianya bukan Tuhan.

9. Ilmu

Ertinya Allah itu berpengetahuan. Ia mengetahui keseluruhannya samada yang telah dijadikanNya atau yang bakal dijadikanNya. Mustahil Allah itu tidak mengetahui atau bodoh kerana jika Ia bodoh sudah pasti Ia tidak dapat mengatur alam ini. Kejadian alam yang sempurna ini membuktikan Allah itu berpengetahuan yang tiada tolok bandingnya.

10. Hayat

Ertinya Allah itu bersifat dengan hidup. Mustahil Allah itu mati, jika Ia mati nescaya akan rosak binasalah alam ini kerana tiada yang hendak mengaturnya.

11. Sama'

Ertinya Allah mempunyai sifat mendengar. Mustahil Allah itu pekak atau tuli kerana pekak adalah sifat kekurangan. Maha suci Allah dari sifat kekurangan tersebut.

12. Basar

Ertinya Allah itu bersifat melihat. Mustahil Allah itu buta kerana buta itu sifat kekurangan. Maha suci Allah dari sifat kekurangan itu.

13. Kalam

Ertinya Allah itu bersifat dengan berkata-kata atau berfirman. Mustahil Allah itu bisu kerana jika ia bisu sudah pasti Ia tidak dapat memerintah dengan baik. Bukti Allah bersifat dengan berkata-kata itu seperti mana firmanNya yang terkandung di dalam Kitab Al Qur'an. Al Qur'an yang dibaca dan ditulis di atas mashaf itu adalah gambaran dari sifat Kalam yang Qadim yang berdiri atas zat yang Qadim iaitu zat Allah.

14. Kaunuhu Qaadiran

Ertinya Allah itu sentiasa bersifat dalam keadaan berkuasa. Mustahil Allah dalam keadaan lemah. Oleh kerana Allah mempunyai sifat kuasa maka Ia tetap dalam keadaan berkuasa dan tidak pernah berhenti walau sekejap.

15. Kaunuhu Muriidan

Ertinya Allah itu bersifat sentiasa dalam keadaan menghendaki. Mustahil Ia dalam keadaan dipaksa. Oleh kerana Allah mempunyai sifat kehendak maka Ia sentiasa dalam keadaan menghendaki.

16. Kaunuhu 'Aaliman

Ertinya Allah itu sentiasa dalam keadaan mengetahui. Mustahil Ia dalam keadaan tidak mengetahui. Oleh kerana Allah mempunyai sifat Ilmu maka Ia tetap sentiasa bersifat dalam keadaan berilmu.

17. Kaunuhu Hayyan

Ertinya Allah itu bersifat tetap dalam keadaan hidup. Mustahil Ia dalam keadaan mati. Oleh kerana Allah mempunyai sifat Hayat maka Ia sentiasa dalam keadaan hidup.

18. Kaunuhu Samii'an

Ertinya Allah itu sentiasa tetap dalam keadaan mendengar. Mustahil Ia dalam keadaan tuli. Oleh kerana Allah mempunyai sifat mendengar maka Ia tetap sentiasa dalam keadaan mendengar.

19. Kaunuhu Basiiran

Ertinya Allah itu sentiasa tetap dalam keadaan melihat. Mustahil Ia dalam keadaan buta. Oleh kerana Allah mempunyai sifat melihat maka Ia sentiasa dalam keadaan melihat.

20. Kaunuhu Mutakalliman

Ertinya Allah itu sentiasa tetap bersifat dalam keadaan berkata-kata. Mustahil Ia dalam keadaan bisu. Oleh kerana Alla mempunya sifat berkata-kata maka Ia tetap dalam keadaan berfirman

ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR~~~

***Seorang Doktor Memeluk Islam***

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa

keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan

penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia

adalah seorang doktor neurologi(Something concern arah otak).


Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan

itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui

Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya

"berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an". Di antara kaedah-kaedah

yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan

sebagainya.



Apabila ditanya BAGAIMANA dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor

tersebut memberitahu "bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf,

terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh

darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk

berfungsi secara normal.



Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa

darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada

ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang". Urat

tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja.

Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut

mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah

keagungan ciptaan Allah.



Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, akan otaknya tidak akan

dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.



Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk

menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya

memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.



KesimpulannyA ;

Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi

yang tidak beragama Islam, walau pun akal mereka

berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan

mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal.

Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu

untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya,

walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu

adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Ini adalah kesan daripada

ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu

secara lebih normal. Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam

gejala-gejala sosial masyarakat masakini.



Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di

atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dalam apa jua PERSEPSI,keadaan maupun tanggungjawab~

-hasil nurkilan-; Hamba ALLAH Al-Radhiah

Khamis, 30 Julai 2009

APA ITU KALAMUN NAFSi???





Ada seorang soleh yang sangat patuh pada perintah Allah dan Rasulnya. Dia sentiasa beramal dan sentiasa menjaga dirinya dari segala rupa maksiat dan keburukan. Namun begitu pada suatu malam dia terlintas untuk melakukan zina dengan seorang wanita yang cantik dan jelita.

Di dalam rumahnya ketika itu terdapat sebuah pelita sumbu...menyala terang menyinari segenap penjuru rumahnya. Kemudian dia menajamkan penglihatannya kepada api pelita yang menyala-nyala itu....seraya berkata di dalam hatinya....."engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dengan wanita itu? Baiklah, aku akan letakkan jariku ini di atas api pelita yang menyala ini, kiranya aku tahan panasnya nescaya aku akan turutkan kemahuan itu..."

Nyata sekali tak sampai beberapa saat dia telah kesakitan menahan sakit. Jarinya merah kepanasan. Lalu segera ia berteriak kepada dirinya sendiri, " Wahai jiwa, rupanya engkau tidak tahan walaupun ianya hanya sedikit dari kepanasan dunia. Padahal api dunia itu telah disejukkan sebanyak 70 kali ganda agar manusia dapat bertentangan dengannya. Kalau hanya menghadapi api dunia pun tak tahan, bagaimana untuk kamu menghadapi api neraka yang panasnya 70 kali ganda lebih dahsyat dari api dunia.!"

Lalu orang soleh itu pun berpalinglah dari niatnya untuk berzina dengan wanita tersebut kerana hatinya takut dengan balasan azab neraka Allah.

Cerita ini penuh teladan. Orang soleh ini sebenarnya ada "kalamun nafsi" dalam diri dia. Apa dia "kalamun nafsi". Ianya adalah kata-kata halus dalam diri kita yang bersulamkan ilmu yang benar...ataupun disebut sebagai lintasan hati yang baik.

Apabila kita hendak melakukan sesuatu...berperang dalam jiwa kita antara lintasan nafsu dan lintasan iman. Yang satu menarik untuk kita melakukan kesalahan dan yang satu lagi menolak kita untuk menjauhinya. Inilah yang dinamakan "kalamun nafsi"

Bila kita nak menipu kita terus terfikir...yang nak jawab di akhirat esok bukan mulut kita tetapi anggota badan dan kulit yang lain. So, apa nak jawab depan Allah??? Itulah "kalamun nafsi"

Bila nak excuse dari tanggungjawab di fakulti sebagai pelajar atau melambatkan solat sebagainya...terus terfikir bahawa segala-galanya akan dihitung dan dinilai dengan adil oleh Allah di Padang Mahsyar....boleh ke kita lari??? Itulah "kalamun nafsi"

Bila nak membuka aurat...terus terfikir sanggupkah kita berada di dalam neraka untuk membayar balik perbuatan kita itu kelak. Itulah "kalamun nafsi"

Masalahnya di sini...kalau ilmu kita kurang, "kalamun nafsi" kurang berfungsi. Jadi nak dapatkan "kalamun nafsi" kena ada ilmu, amalan dan kesungguhan. Moga2 sama2 kita mendapat manfaat...

Wallahua'lam...

Rabu, 15 Julai 2009

DAULAT KEBAWAH DULI TUAN PATIK.... DIRGAHAYU 63






RAHMAT - Fakhrul Razi Haji Ibrahim

Selamat puja usia kebawah Duli Tuan Patik... & SemoGa ALLAH Merahmati&Memberkati Duli Tuanku.. Setikar Cinta Rakyat Brunei,Menyembahkan DoA pada Allah yg Agung,Dirgahayu kebawah Duli kekal karar memerintah negeRi,Akan tetap kami berkorban Demi Bangsa & Negara itulah tanda Titah Dijunjung..

Khamis, 25 Jun 2009

RabiatuL ADAwiyaH seriKanDi SuFi



RabiAH binti Ismail Al-Adawiyah -seorang srikandi agung dan wanita sufi yang terkenal dalam sejarah IsLAM. Dia dilahirkan sekitar awal kurun ke- 2Hijrah berhampiran kota Basrah di IRAQ. Walaupun keluarganya miskin dari segi kebendaan namun kAYA dengan pERIBADATAN kepada ALLAH..


Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara' serta zuhud hampir lenyap sama sekali.


Bapa Rabiah merupakan hamba yang sANGAt bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih BERSYUKUR kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi MUSLIMAH yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabiah sendiri begitu GEMAR membaca dan menghayati isi al-Quran sehingga BERJAYA menghafal al-Quran. Sejak kecil lagi Rabiah sememangnya berjiwa halus, Mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.



Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit dan semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabiah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan ASAS kEIMANAN yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali BERTAUBAT.



Rabiah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT. Setiap malam begitulah keadaan Rabiah. Apabila fajar menyinsing, Rabiah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:
"Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu".


Seperkara menarik tentang diri Rabiah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun. Rabiah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mENCINTAI Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabiah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari. Selama 30 TAHUN dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

"YA Tuhanku! TENGGELAMKAN LAH AKU DI DALAM KECINTAAN MU SUPAYA TIADA SUATUPUN YANG DAPAT MEMALINGKAN AKU DARIPADAMU".


Rabiah telah membentuk satu CARA YANG LUAR BIASA di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:


"Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?? Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka BAKARLAH AKU di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka HARAMKAN LAH AKU daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka BERIKAN LAH AKU balasan yang besar, berilah aku MELIHAT WAJAH-MU yang MAHA BESAR DAN dan MAHA MULIA itu".


Begitulah keadaan kehidupan Rabiah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabiah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun.


Sekarang mariLAH kita tinjau diri kita sendiri. Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini???:

"Ya Allah yA RaB! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang ABADI dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan". Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah ERAT pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur...

Selasa, 16 Jun 2009

Cinta Mencintai Kerna ALLAH~





(1) Kedudukan Dua Orang Yang Cinta Mencintai Kerana Allah

Sesungguhnya terdapat banyak hadith Rasulullah SAW yang menerangkan kedudukan dan darjat dua manusia yang saling cinta mencintai kerana Allah. Hadis-hadis ini menggambarkan kedudukan mereka yang mulia dan tinggi yang telah disediakan oleh Allah di dalam SyurgaNya.

Di antara hadis-hadis itu ialah yang menceritakan kisah tujuh golongan lelaki yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain kecuali naungan Allah sahaja.

Hadis yang bemaksud:

"Mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang membesar di dalam beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya terikat kepada masjid-masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita jelita dan cantik rupawan lalu ia berkata "aku ini takut kepada Allah", seorang lelaki yang bersedekah melalui tangan kanannya lalu disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengatahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan seorang lelaki yang berzikir kerana Allah (yang mengingati Allah) bersunyi ( keseorangan) lalu mengalir air matanya"

( muttafaqun alaihi)

Ini adalah dalil dan nas yang jelas menggolongkan dia sebagai orang yang berkasih sayang kerana Allah di kalangan tujuh orang yang baik lagi terpilih untuk dinaungi dibawah naungan-Nya. Inilah penghormatan dan kemuliaan paling tinggi yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Di manakah lagi kita akan dapati kemuliaan yang seperti itu ???

Sesungguhnya kemulian ialah hak bagi kedua-dua orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T. Dimana pada hari tersebut (kiamat) Allah Taala Rabbul Izzah menyeru mereka dan mempersilakan mereka untuk menerima anugerah yang paling tinggi, iaitu pada hari berhimpunnya sekelian bani (anak) Adam di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

Diriwiayatkan oleh Muslim didalam hadis Qudsi yang bermaksud:

Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali nuangan-Ku"

Alangkah tingginya kemuliaan mereka. Alangkah sempurnannya ganjaran yang akan mereka dapati kerana mereka berkasih sayang kerana Allah.

Sesungguhnya cinta kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain sahaja yang ada dalam hidup ini. Hidup ini adalah hidup yang penuh dengan pelbagai kepentingan diri dan pelbagai perkara yang disukai oleh hawa nafsu. Jadi, cinta kerana Allah dalam suasana yang demikian sangat payah untuk dicapai dan dicari. Tiada siapa yang mampu mencapainya kecuali orang yang telah bersih jiwanya, tinggi semangatnya dan mereka mampu melihat betapa hinanya dunia ini berbanding keredhaan Allah. Tidak hairanlah kalau Allah telah menyediakan bagi mereka darjat yang tinggi sesuai dengan ketinggian mereka didunia dalam mengatasi segala kesibukan dunia yang serba mewah dan penuh dengan perhiasan ini.

Kita dapati keterangan demikian dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah S.A.W baginda bersabda:

"Allah Azzawajalla berfirman: orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku, mereka mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya, para nabi dan shuhada yang menyukai mereka "

riwayat Attarmizi

Marilah sama-kita renung seketika hadis-hadis Abu Hurairah (R.A)

maksudnya: " Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya (sahabat) di sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalannya. Maka tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi " Adakah engkau telah berbudi kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?" Beliau menjawab " tidak, aku mencintainya kerana Allah" Maka malaikat itu brekata kepadanya "Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah.

Alangkah besarnya cinta yang sedemikian yang mengangkat manusia sampai ke darjat di mana Allah mencintai dan meredhainya.

(2) Kesan Cinta Kepada Allah Di Dalam Kehidupan Orang Islam

Didalam hadis yang lain Rasulullah SAW menegaskan bahawa sesungguhnya Mahabbah (berkasih sayang) antara orang beriman adalah syarat-syarat iman yang memasukkan penganutnya kedalam syurga.

[(Demi yang diriku di dalam genggamanNYA , KAMU TIDAK AKAN masuk syurga sehingga kamu BERIMAN, dan kamu tidak beriman sehingga kamu BERKASIH SAYANG. Mahukah kamu aku (NABI) TINJUKKAN sesuatu yang apabila kamu melakukannya maka akan lahirlah kasih sayang??? Sebarkan SALAM DI ANTARA kamu)]

Riwayat Muslim dari Abu HURAIRAH..

Sesungguhnya Rasulullah telah mengetahui dengan pandangan tarbiah yang diperolehi dari Allah, bahawasanya tidak ada sesuatu pun yang dapat mencabut hasad dengki dari dada, dan kekotoran jiwa kecuali persahabatan yang sejati. Satu nilai persahabatan yang tinggi yang menguasai kehidupan orang Islam yang dibangunkan atas dasar Mahabbah, nasihat menasihati, perpaduan, bebas dari segala tipu daya, hasad dengki, benci membenci dan sebagainya.

Dengan kasih sayang yang gemilang inilah, Rasulullah telah membangunkan generasi Islam yang pertama, satu generasi yang telah menyampaikan langit kebumi (rahmat yang melimpah ruah) dan membina mahligai Islam di alam sejagat.

Inilah dia kasih sayang dan perpaduan yang tiada siapa sudi menanamnya didalam hati kecuali Islam. Kasih sayang yang suci lagi kukuh dan cinta yang setia di antara mereka jualah yang akan menjayakan perjuangan mereka.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

(( Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan berjaga malam dan demam.

Riwayat Muslim

Sesunguhnya orang Islam yang menghayati ajaran agamanya akan mempunyai hati dan perasaan yang sentiasa berkobar-kobar untuk mencintai saudara dan sahabatnya. Dia akan menghadapi mereka dengan sepenuh hati dan perasaannya. Inilah asas-asas yang menjadi faktor perpaduan untuk mencapai cinta dan redha Allah di Akhirat kelak...

Wanita Pejuang AgaMa...

Sumaiyah
binti Khabbab merupakan hamba kepada Abu Huzaifah bin Al-Mughirah iaitu
seorang pembesar Quraisy dan telah menetap bersama Abu Huzaifah sedari
kecil lagi memandangkan beliau seorang anak yatim piatu. Perwatakan
beliau yang baik dan taat kepada perintah tuannya sememangnya
menjadikan beliau cukup disegani walaupun taraf beliau hanya sebagai
seorang hamba yang berkulit hitam. Beliau juga ditakdirkan berkahwin
dengan Yasir yang juga bekerja dengan Abu Huzaifah. Hasil perkahwinan
itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ammar. Sumayyah
sekeluarga merupakan antara individu yang terawal memeluk agama Islam
yang dibawa oleh junjungan besar, Nabi Muhamad s.a.w di Mekah.

Kisah
beliau yang masih dikenang adalah saat beliau sekeluarga ditangkap oleh
Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Dengan ketabahan hati Sumayyah sekeluarga
serta taat setianya mereka kepada Islam, mereka tidak gentar dengan
seksaan-seksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Nabi
Muhammad yang melihat kejadian tersebut juga tidak mampu berbuat
apa-apa. Baginda hanya mampu bersabda, “Bersabarlah keluarga Yasir.
Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.” Dalil ini menunjukkan
jaminan Rasulullah kepada mereka sekeluarga sebagai penghuni Syurga
Jannatun Naim. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, mereka
sekeluarga gugur syahid dan Sumayyah merupakan wanita pertama Islam
yang gugur syahid.

Sumbangan
Sumaiyah amat bermakna dalam mempertahankan kesucian akidah Islam.
Antaranya: Pertama, berani menyatakan yang hak. Kedua, Sanggup
mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian akidah. Ketiga,
memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan
agama Islam. Keempat, memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam
yang lain untuk meneruskan perjuangan.

Seksaan terhadap Sumaiyah sekeluarga:

-Kaki & tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik

-Rumah mereka dibakar

-Dicucuk dengan besi panas

-Ditikam dengan lembing

-Dicungkil biji mata

-Dibenam ke dalam air

Sumaiyah (Hati Seorang Mujahidah) by Hijjaz

Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah



Syahidmu Sumaiyah membuka HAti para muslimah Agar mempertahankan Agama Allah... Apatah LAgi Dirimu..Merupakan Wanita yg pertama Syahid Di jalan Allah.SubHaNAllah Betapa bersemarak Cinta Allah Dihatimu Sehingga BerkorbaN Rela Memprtahankannya walau dirimu di seksa dengan selautan kesakitan...Selambar WArkah Hatiku Pada Diri Sumaiyah...Bersemayam LAh Di Syurga Allah yg Indah & Kekal..AmiiiiiiiiN

Manis NYa Perjuangan DaqWAh..






Perjuangan Al Imam Hassan Al HuDaiBi...

Adapun Perjuangan pada bidang pekerjaan dan spesialisasinya memiliki sejarah yang sangat menarik. Suatu ketika ketua mahkamah konstitusi bertanya kepadanya: Ya Hasan, bukankah engkau bersama saya, bahwa kebanyakan dari undang-undang sipil saat ini berkaitan erat dengan hukum-hukum yang ada dalam fiqh Islam? Hasan Hudaibi berkata: betul. Orang tersebut berkata lagi: jadi apa dasarnya tuntutan Anda untuk kembali pada syariat Islam dan menerapkan hukum-hukumnya?”. Beliau menjawab: Hal tersebut karena Allah SWT. Dia berfirman: “Dan hendaklah saat memutuskan hukum diantara mereka sesuai dengan apa yang diturunkan Allah”. Dan tidak mengatakan: Dan berhukumlah seperti yang diturunkan Allah. Dan bahwa berhukum pada syariat Allah menurut seorang muslim adalah ibadah dan menunjukkan ketaatan kepada perintah Allah, dan itulah sumber keberkahannya, rahasia kekuatan yang ada dalam jiwa orang-orang yang beriman dengannya dan dalam komunitas jamaah muslimah.

Ketika dijabarkan rancangan revisi undang-undang sipil Mesir pada tahun 1945 di hadapan ustadz Al-Hudaibi, tertulis disitu bahwa beliau menolak mendiskusikan proyek tersebut dari sisi prinsipnya; karena tidak berdasarkan pada al-kitab dan as-sunnah.

Dan pada tahun 1947 Ustadz Hasan Al-Hudaibi menerbitkan sebuah artikel di koran Mesir “Akhbar Al-Youm,” yang membantah amandemen rancangan undang-undang sipil Mesir, beliau berkata, “bahwa amandemen terbaik menurut pandangan saya adalah yang mengacu pada sebuah undang-undang yang satu; untuk menerapkan hukum syariah dalam kasus pidana dan perdata kemudian beliau berkata: “Aku telah menyatakan pendapat di komisi revisi undang-undang sipil dalam Senat, dan saya sampaikan: Bahwa undang-undang kita harus berdasarkan Al-Quran dan Sunnah dalam berbagai sendi kehidupa, bukan hanya dalam urusan syariat saja. Bahwa Islam adalah agama yang koheren dan terpadu tidak boleh dipisah-pisah, sehingga harus diterapkan seluruh ketentuannya oleh setiap orang yang menganutnya” Inilah pendapat yang saya kemukakan, dan saya berharap bahwa saya telah menyelesaikan tugas dalam melakukan revisi undang-undang, berusaha mempelajarinya hingga tidak terdapat di dalamnya undang-undang asing yang tidak konsideran dengan Al-Qur’an Al-Karim, yang tidak bisa membedakan antara yang halal dan yang haram, padahal keduanya sangat jelas karakter dan batasan-batasannya hingga hari kiamat.

Dan inilah yang saya sampaikan di hadapan tim revisi, dan saya yakin bahwa mereka tidak akan menerima dan mengambilnya, namun bagi saya tidak mengapa selama saya yakin dengan apa yang saya sampaikan, namun menurut praduga saya, kelak setelah berjalan 20 atau 30 tahun opini akan mengarah pada pengambilan pendapat saya; setiap kali Allah melapangkan dada umat manusia dengan Al-Qur’an pada hari yang meliputi opini dan pendapat ini”.

Kami telah melihat bahwa berbagai undang-undang yang bersumber pada undang-undang asing tidak memberikan kemaslahatan pada negeri kami, tidak mencapai apa yang diharapkan, penjara ini penuh narapidana, kejahatan meningkat, kemiskinan menyebar, dan moral dan akhlak menurun, hubungan sosial memburuk hingga terjadi setiap hari sejak para pendahulunya, dan ini semua tidak mampu dirubah kecuali jika kita menyusun kembali hubungan kita dengan sunnah kauniyah yang telah diturunkan melalui wahyu dengan berbagai rahasia-rahasianya, dan tanda-tandanya yang terdapat dalam Al-Qur’an, dan dengan itu semua, maka kita akan dapat tinggal di rumah, di tengah keluarga dan masyarakat, bersama anak-anak kita, dan bersama semua orang yang hidup bersama Al-Qur’an “.

Pada tanggal sepuluh Desember 1952, konstitusi Klasik Mesir mengumumkan revisi dan setelah berlalu dua hari ditetapkan seratus anggota untuk membuat konstitusi baru yang mana di antara mereka ada tiga orang yang berasal dari Ikhwanul Muslimin. Akhirnya majalah “El-dakwah” menerbitkan artikel yang mengajak untuk mendukung konstitusi berdasarkan Islam. Hasan Al-Hudaibi mengajak untuk dilakukan referendum; guna mengetahui apakah Mesir memilih syariat Islam atau undang-undang barat? Jika memilih berhukum pada Islam maka pemerintah harus komitmen melaksanakan pilihan tersebut, dan jika memilih undang-undang Barat –yang tidak mungkin keluar dari diri seorang muslim- maka kita harus mengaca diri, mengajarkan umat akan perintah Tuhannya dan apa yang seharusnya mereka lakukan”.

Awal Hasan Al-Hudaibi mengenal Ikhwanul Muslimin

Dikisahkan bahwa hubungan beliau dengan Ikhwanul Muslimin dimulai sejak tahun 1942, yaitu saat beliau mendapatkan kepuasan dengan dakwah al-Ikhwan melalui praktek sebelum mendapatkannya secara teori. Hal tersebut terjadi ketika beliau melihat sebagian anggota kerabatnya dari para petani yang sedang menghadapi berbagai macam masalah; agama dan politik, yang kebanyakan dari masyarakat umum tidak memahami hal tersebut, terutama karena kebanyakan dari mereka adalah berasal kalangan umi (buta huruf), dan ketika diketahui bahwa hal tersebut kembali kepada para Ikhwan, beliau tertarik dengan cara dakwahnya, sehingga beliau sangat antusias untuk menghadiri khutbah Jum’at di masjid-masjid yang diisi oleh pendiri jamaah Ikhwan; Hasan Al-Banna. Dan sejak tahun 1942 beliau mulai menjalin hubungan dengan dakwah yang penuh berkah ini melalui pendirinya langsung terutama di saat beliau melakukan kunjungan ke kota Zaqaziq.

Adapun awal begitu tertariknya beliau dengan dakwah Ikhwanul Muslimin adalah saat mendengar ceramah ustadz Hasan Al-Banna tentang masalah membersihkan jiwa, menumbuhkan perasaan, menggelorakan ruh. Ketika beliau mendengarkan uraiannya ada perasaan aliran darah yang deras dan kencang merasuk ke dalam jiwanya, bergelora ruhnya, akalnya, hatinya dan perasaannya, sehingga tidak membutuhkan waktu lama dan usaha yang keras, segera terdorong jiwanya untuk bergabung dengan dakwah yang penuh berkah ini, dakwah yang membawa kebenaran, dan siap bekerja untuknya, terikat dengannya serta komitmen untuk berjihad di jalannya. Pada saat itu Imam Hasan memandang telah terjadi kehancuran di tengah umat Islam sehingga perlu adanya kerja keras untuk menolong dan menyelamatkannya. Dan ditambah kecemburuan iman Hasan Al-Banna yang bergelora di dadanya, yang mana hal tersebut dapat diketahui saat beliau berbicara, baik dihadapan para ulama yang shalih dan dihadapan orang-orang yang duduk-duduk dan nongkrong di kedai kopi.

Pada saat itu –setelah mendengar uraian imam Hasan Al-Banna- beliau langsung menghadap, dan setelah berbicara singkat, beliau melakukan janji, ikatan dan baiat. Baiat yang mengikat dirinya dan kehidupannya untuk selamanya, dan berada di jalan dakwah yang penuh berkah ini, mengarungi masa depan dakwah. Dan inilah model kejujuran para rijal dakwah. Mengikat jiwa mereka dengan dakwah kehidupan masa lalunya, yang sedang berjalan dan yang akan datang dengan kebenaran.

Dan karena karakter imam Hasan Al-Hudaibi memiliki kecerdasan dan kejelian, jiwa yang kokoh, ruh yang bersih, sehingga ketika mendengar dakwah imam Hasan Al-Banna yang bersumber dari kejujuran dan keikhlasan, dan totalitas yang begitu dalam, beliau yakin bahwa ini adalah dakwah yang akan memberikan air kesejukan bagi siapa saja yang haus hatinya, perasaannya dan jiwanya.

Isnin, 8 Jun 2009

Usia Itu BAhtera





Salam Ukhwah~.... Today masuk 15 jamadilakhir 1430H, 9 jun 2009. Hehe lets guess apa ada??????? Ehem ehem... Dengan Hormat & sukacita peramba Datin dcni memuatkan ucapan Selamat Hari Jadi khas buat kekasih kekasih setiaku zulizah & Siti Sumaiyah.. Sahabat yang banyak mengikuti jalan da'wahku Disaat hati terbuka... Durang anilah sentiasa ada untuk aku... either dlm masa susah,sanang,menangis,menuntut ilmu,merawat pesakit,sama2 sakit hehe mencari cinta?ehm bolehlah...hehehehe


Doa hamba buat kalian.. Semoga mendapat rahmah Allah wa berkahnya..muga sukses dalam bidang kejururawatan & tercapai hajat graduate Di UBD...Amin ya Rabbal a'alamin~Rezki Allah atu sentiasa Ada..Terserah tani untuk berusaha.... Ehm nanti celebrate birthday kamu... cukuplah dengan doa selamat heheheheh

zulizah..perempuan yang sujudnya di nantikan Allah,
Sumaiyah perempuan yang imannya di damba Allah...
Dimana pun kamu Allah sentiasa Ada...
Hargailah usia yang dikurniakannya.

Rabu, 3 Jun 2009

yang indaH itu semuanya dari Allah Ta'alla..




"KATAKANLAH SESUNGGUHNYA SOLATKU,IBADAHKU, HIDUPKUdan MATIKU HANYALAH UNTUK ALLAH, RABB SEMESTA ALAM"

(AL-AN'AM; 162)

Sabtu, 30 Mei 2009

Pertandingan AL-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan 2009 at iCC






Malam 28 may 2009.. berlangsung Majlis pertandingan Hafaz Al-Quran bahagian Dewasa 2009 di Dewan plenary pusat persidangan Antarabangsa Brunei (iCC). Majlis Berkat ini Disaksikan oleh Baginda Sultan Brunei Darussalam, Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam.. Setelah keberangkatan baginda..Majlis Dimulakan Dgn Bacaan Doa Selamat dipimpin oleh mufti kerajaan Brunei..

Majlis diiringi dengan Titah kebawah Duli;

"Orang-orang yang pandai Al-Quran akan sentiasa mengamalkan nya. Ahli Al-Quran pasti rajin membacanya kerana ia tahu bahawa mengamalkan itu akan mendapat rahmat dari Allah S.W.T. Mengamalkannya adalah merupakan Ubat Rohani,suluh daripada Allah Ta'ala kerna AlQuran mempunyai Kuasa Allah Ta'ala. Ahli Al-Quran Jika Tidak mengamalkannya mereka akan kehilangan suluh & kuasa Luar Biasa Ini.Kewajipan kita semua ialah "Belajar AL-QURAN & UGAMA"..."


ini adalah Serba Sedikit SAya Kongsikan mengenai Sabda Baginda... yang manis untuk Di jadikan pegangan dan amalan... memang membanggakan mempunyai Khalifah Raja Yang menitik berat kan Rakyatnya agar Dekat dgn Al-Quran.. Beruntung lah Rakyat Brunei Di Pimpin RAja Yang Kukuh Agama,Berkat lah BuMi Brunei Berpayung kan hidayah Al-QURAN, Agungnya RAkyat Brunei MenCintai Al-Quran Sebagai pegangan & Amalan.. Lahirlah Generasi Al-Quran.. (AL_QURA).. Allahu AkhBaR..

Pertandingan terdiri daripada 4 Qari & 4 Qariah... Setelah Keputusan Di umumkan Majlis Di teruskan dengan penyampaian alQuran Oleh Kebawah Duli yang maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan.. Johan Qari Jatuh kepada Haji Mohammad Fahmi B. Hj Metussin & Johan Qariah Di sandang oLEH HjH NuRUL Akmalina B. HJ Yahya.. Kedua mereka membawa piala iringan,wang ringgit dan Tambang Hj Ke Mekah.. Namun Begitu *erjuangan mereka masih belum Berakhir... Mereka akan mewakili Negara kita Brunei Darussalam ke pertandingan al Quran Peringkat Antarabangsa Di Kuala Lumpur Malaysia.

NSyallah Kalau PAnjang UMur dengan Usaha Secantik Mareka Yang Berjaya... Akan Aku perturutkan Langkah mereka...Aminnnnnnn..