BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 27 Mei 2010

Jadikan Pertandingan Membaca Al-Qur'an sebagai 'tradisi budaya'- TITAH 27.5.2010


KEBAWAH Duli Yang Maha Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika bertitah di Majlis Pertandingan Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan 1431 Hijrah/2010 Masihi yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 27 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa telah mengukir sejarahnya yang tersendiri dengan 50 kali berlangsung tidak perlu disekat-sekat dan biarkan ia terus berjalan selaras dengan sejarah bangsa yang panjang.

Sehubungan itu baginda bertitah agar pertandingan seumpama itu kita jadikan sebagai 'tradisi budaya' yang rakat lagi kukuh di dalam kehidupan-kehidupan kita dan menurunnya kepada generasi demi generasi.

"Suntik semangat mereka untuk menggemarinya, dan bangunkan jiwa-jiwa yang lesu sekiranya ada, untuk sama-sama membina sejarah ini, sehingga tidak akan ada lagi - walau sekerat pun - dari kalangan anak bangsa yang menganggapnya basi," titah baginda di Majlis Pertandingan Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan 1431 Hijrah/2010 Masihi yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Baginda seterusnya bertitah menyarankan menjadikan Negara Brunei Darussalam dan kita semua sebahagian dari sejarah Al-Qu'ran itu dalam makna kita tidak mampu untuk berpisah dengannya buat selama-lamanya, Insya-Allah.

Menurut baginda kita mesti rapat dengan Al-Qur'an dan tidak boleh berenggang dengannya kerana ia adalah alat untuk mendekatkan diri kepada Allah, alat untuk kita berkomunikasi dengan-Nya.

Dengan membaca Al-Qur'an itu titah baginda, sama ertinya kita berkomunikasi dengan Allah, kerana Al-Qur'an adalah kalam-Nya dan tidak syak lagi Al-Qur'an itu adalah 'keperluan asasi' kita dan juga tonggak Negara Brunei Darussalam selaku 'Negara Zikir'.

Ke arah itu, titah baginda berbagai langkah sudah kita ambil untuk merealisasikan semangat dan ilmu Al-Qur'an itu menjadi milik umat Brunei...