BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 27 Mei 2010

Jadikan Pertandingan Membaca Al-Qur'an sebagai 'tradisi budaya'- TITAH 27.5.2010


KEBAWAH Duli Yang Maha Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika bertitah di Majlis Pertandingan Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan 1431 Hijrah/2010 Masihi yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 27 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa telah mengukir sejarahnya yang tersendiri dengan 50 kali berlangsung tidak perlu disekat-sekat dan biarkan ia terus berjalan selaras dengan sejarah bangsa yang panjang.

Sehubungan itu baginda bertitah agar pertandingan seumpama itu kita jadikan sebagai 'tradisi budaya' yang rakat lagi kukuh di dalam kehidupan-kehidupan kita dan menurunnya kepada generasi demi generasi.

"Suntik semangat mereka untuk menggemarinya, dan bangunkan jiwa-jiwa yang lesu sekiranya ada, untuk sama-sama membina sejarah ini, sehingga tidak akan ada lagi - walau sekerat pun - dari kalangan anak bangsa yang menganggapnya basi," titah baginda di Majlis Pertandingan Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan 1431 Hijrah/2010 Masihi yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Baginda seterusnya bertitah menyarankan menjadikan Negara Brunei Darussalam dan kita semua sebahagian dari sejarah Al-Qu'ran itu dalam makna kita tidak mampu untuk berpisah dengannya buat selama-lamanya, Insya-Allah.

Menurut baginda kita mesti rapat dengan Al-Qur'an dan tidak boleh berenggang dengannya kerana ia adalah alat untuk mendekatkan diri kepada Allah, alat untuk kita berkomunikasi dengan-Nya.

Dengan membaca Al-Qur'an itu titah baginda, sama ertinya kita berkomunikasi dengan Allah, kerana Al-Qur'an adalah kalam-Nya dan tidak syak lagi Al-Qur'an itu adalah 'keperluan asasi' kita dan juga tonggak Negara Brunei Darussalam selaku 'Negara Zikir'.

Ke arah itu, titah baginda berbagai langkah sudah kita ambil untuk merealisasikan semangat dan ilmu Al-Qur'an itu menjadi milik umat Brunei...

Khamis, 22 April 2010

Aku Memburu Ke AmpunanMU YA RAB




YA Allahu YA RAbbi..
YA Allahu YA Rabbi..
YA Allahu YA Rabbi..

YA Allah janganlah kau cuba Aku melebihi batas kemampuan dan kesanggupanku..
YA Allah bila memang benar kau menguji aku percaya kau sayang padaku..
YA Allah lindungilah diriku dari yg menjahati maupun menzalimiku
Ya Allah Engkaulah maha segala Engkaulah pelindung hidup dan matiku..

YA Allahu YA RAbbi...
AstaghafiRullah Al 'Azim..
AstaghafiRullah Al 'Azim..
AStaghafiRullah Al 'Azim..

Aku taubat YA ALLAH YA RAB~
Allhu Subhanallah..

Khamis, 18 Mac 2010

Hanya padamu tempatku berteduh~




ALLAHU SUBHANALLAH~~~
ALLAHU SUBHANALLAH~~~
ALLAHU SUBHANALLAH~~~

YA ALLAH mohon kuatkan HATI hambamu ini menghadapi hijrahku seterusnya~~~
AMIN YA RAB~~~

Sabtu, 27 Februari 2010

YA RASULULLAH~

RASULULLAH DALAM MENGENANGMU

KAMI SUSURI LEMBARAN SIRAHMU

PAHIT GETIR PERJUANGANMU

MEMBAWA CAHAYA KEBENARAN



ENGKAU TABURKAN PENGORBANANMU

UNTUK UMAT MU YANG TERCINTA

BIAR TERPAKSA TEMPUH DERITA

CEKALNYA HATIMU MENEMPUH RANJAUNYA



TAK TERJANGKAU TINGGI PEKERTIMU

TIDAK TERGAMBAR INDAHNYA AKHLAK MU

TIDAK TERBALAS SEGALA JASA MU

SESUNGGUHNYA ENGKAU RASUL MULIA



TABAHNYA HATIMU MENEMPUH DUGAAN

MENGAJAR ERTI KESABARAN

MENJULANG PANJI KEMENANGAN

TERUKIR NAMA MU DI DALAM AL-QURAN



RASULULLAH KAMI UMMATMU

WALAU TAK PERNAH MELIHAT WAJAH MU

KAMI CUBA MENGINGATIMU

DAN KAMI CUBA MENGAMAL SUNNAH MU



KAMI SAMBUNG PERJUANGANMU

WALAU KITA TAK PERNAH BERSUA

TAPI KAMI TAK PERNAH KECEWA

ALLAH DAN RASUL SEBAGAI PEMBELA

Gambar Ekslusif Barangan Nabi Muhammad S.A.W.

ALLAHUMA SOLLI ALLA SAYIDINA MUHAMMAD....Subhanallah, kita beruntung dapat menatap gambar barangan Rasulullah SAW. Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Muzium Topkapy di Istambul Turki, Jordania, Iraq dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelazatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Muhammad S.A.W, Kekasih Allah…Insya-Allah dan sambil kita menyaksikan gambar ini perbanyakkan lah selawat ke atas baginda~

Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Ya Allah …
betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci dan agung ..!!




Rasa nak menitik air mata melihat pakaian dan barangan peribadi Rasulullah SAW. Baginda yang sememangnya mendapat tempat di Syurga tertinggi pun begitu zuhud sekali.
Kita begitu sibuk mengumpul harta dunia sedangkan hidup di dunia hanya sementara sahaja. Kehidupan di Akhirat adalah kehidupan yang kekal. Jika di dunia yang fana ini kita begitu cintakan dunia, layakkah kita nak masuk Syurga. Adakah kita mampu menahan siksaan api neraka?
Gambar-gambar ekslusif ni dikongsikan dengan tujuan supaya kita muhasabah diri kita. Kita ikhlas berbelanja seluar Levi’s yang berharga RM200 +, RM60-RM70 untuk sehelai t’shirt, berapa ratuskah yang kita ikhlas keluar untuk jalan Allah?
Kita sanggup menonton siaran langsung bolasepak dari menghayati Maal Hijrah, kita sanggup bersengkang mata mengadap laptop dari sembahyang tahajjud, kita mengagungkan pemimpin yang macamana? Kita mengamalkan riba dalam jual beli, kita tak kisah halal haram dalam kehidupan. Kita menghina mereka yang ingin memperjuangkan Islam . Ya Allah tunjukkan kami jalan yang benar dan ampunkan dosa kami.
Sama-sama peringat.



Sebahagian dari baju Gamis Rasulullah yang telah robek.




Baju,tongkat dan barang-barang Rasulullah SAW






Bekas tapak kaki Baginda Rasulullah SAW



Jubah Rasulullah SAW





Sandal Rasulullah S.A.W




Cop surat rasmi Rasulullah SAW



Serban-serban yang pernah dipakai Baginda


Mangkuk tempat minum Nabi Muhammad SAW




Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.




Peninggalan gigi dan rambut Baginda Rasulullah SAW



Kunci Kaabah di zaman Rasulullah SAW




Bendera Rasulullah SAW



Topi perang Rasulullah SAW



Busur panah Rasulullah SAW




Pedang-pedang yang pernah digunakan Baginda







Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir



Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius



Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7



Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan




Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW




PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW



Keranda dan makam Nabi Agung, Nabi Muhammad SAW...JAZAKALLAH....tetapkan baginda Rasulullah dalam janjimu YA ALLAH~~~~Amin ya RAB......

Sabtu, 23 Januari 2010

Harapanku~





Allah Ya Allah jadikanlah cinta duniaku adalah Destinasi Akhiratku~ Agar ku tetap menjadi Hambamu yang hatinya sentiasa terpaut padamu~ Amin Amin Amin Ya Allah~

Rabu, 6 Januari 2010

Al-Quran Harta DuniaKu, Al-Quran saham AkhiratKu. IMAN & ILMU teraju utamaKU~