BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 27 Ogos 2009

27 OGOS 2009.... Ada jemputan Tadarus BELiA....







Belia DBM(daerah BRunei Muara) bertadarus Al-Qur’an..

BENGKURONG, Khamis, 27 Ogos. - As usual setiap tahun menjelang bulan Ramadan Al-Mubarak umat Islam di negara ani meningkatkan amalan dan menganjurkan kegiatan-kegiatan keagamaan termasuktah majlis-majlis bertadarus..untuk mendapatkan keberkatan dan fadilat dari Allah Subhanahu Wata’ala..

Petang kemarin Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Cawangan Daerah Brunei dan Muara dengan kerjasama Takmir Masjid Kampung Bengkurong mengadakan Program Bertadarus Al-Qur’an Bulan Ramadan Belia di Masjid Kampung Bengkurong, Mukim Kilanas..& i am the one of belia DBM..kana jemputlah....well behagia lah rasanya hehehe....


Tetamu khas::SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kebajikan Belia dan Sukan, Dato Paduka Awang Haji Jemat bin Haji Ampal hadir di Majlis Program Bertadarus Al-Quran Bulan Ramadhan Belia anjuran Jabatan Belia dan Sukan di Masjid Bengkurong.

Bertadarus Al-Qur’an 30 juz dibuat secara berkumpulan oleh para belia dengan bimbingan ‘pentasmiq’ atau guru pembimbing terdahulu sebelum majlis bermula.

Sementara itu majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Faatihah dipimpin oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Dato Paduka Awang Haji Jemat bin Haji Ampal, selaku tetamu kehormat.(he came around 5.15pm lah) Then taruslah kami bertadarus bersama-sama.....

Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian cenderamata sejumlah 25 unit rehal sumbangan JBS kepada Jawatankuasa Takmir Masjid dan sumbangan derma bagi anak-anak yatim Kampung Bengkurong dari pegawai-pegawai dan kakitangan JBS dan orang-orang perseorangan oleh tetamu kehormat.

Untuk pengetahuan semua....Majlis tadarus ani di adakan tujuannya iatah tu...;;

-Program Bertadarus Al-Qur’an Bulan Ramadan Belia diadakan untuk menyemarakkan bulan Ramadan yang mulia dengan kegiatan-kegiatan berkebajikan.

-ia juga bertujuan untuk meningkatkan kefahaman belia tentang kepentingan membaca dan menghayati Al-Qur’an sebagai panduan hidup.

-Program bertadarus atu jua diharap dapat mempertingkat dan mengukuhkan kesefahaman dan kerjasama di antara agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan dan tarbiah belia selain menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti keagamaan.

0 ulasan: