BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 16 Jun 2009

Wanita Pejuang AgaMa...

Sumaiyah
binti Khabbab merupakan hamba kepada Abu Huzaifah bin Al-Mughirah iaitu
seorang pembesar Quraisy dan telah menetap bersama Abu Huzaifah sedari
kecil lagi memandangkan beliau seorang anak yatim piatu. Perwatakan
beliau yang baik dan taat kepada perintah tuannya sememangnya
menjadikan beliau cukup disegani walaupun taraf beliau hanya sebagai
seorang hamba yang berkulit hitam. Beliau juga ditakdirkan berkahwin
dengan Yasir yang juga bekerja dengan Abu Huzaifah. Hasil perkahwinan
itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ammar. Sumayyah
sekeluarga merupakan antara individu yang terawal memeluk agama Islam
yang dibawa oleh junjungan besar, Nabi Muhamad s.a.w di Mekah.

Kisah
beliau yang masih dikenang adalah saat beliau sekeluarga ditangkap oleh
Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Dengan ketabahan hati Sumayyah sekeluarga
serta taat setianya mereka kepada Islam, mereka tidak gentar dengan
seksaan-seksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Nabi
Muhammad yang melihat kejadian tersebut juga tidak mampu berbuat
apa-apa. Baginda hanya mampu bersabda, “Bersabarlah keluarga Yasir.
Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.” Dalil ini menunjukkan
jaminan Rasulullah kepada mereka sekeluarga sebagai penghuni Syurga
Jannatun Naim. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, mereka
sekeluarga gugur syahid dan Sumayyah merupakan wanita pertama Islam
yang gugur syahid.

Sumbangan
Sumaiyah amat bermakna dalam mempertahankan kesucian akidah Islam.
Antaranya: Pertama, berani menyatakan yang hak. Kedua, Sanggup
mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian akidah. Ketiga,
memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan
agama Islam. Keempat, memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam
yang lain untuk meneruskan perjuangan.

Seksaan terhadap Sumaiyah sekeluarga:

-Kaki & tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik

-Rumah mereka dibakar

-Dicucuk dengan besi panas

-Ditikam dengan lembing

-Dicungkil biji mata

-Dibenam ke dalam air

Sumaiyah (Hati Seorang Mujahidah) by Hijjaz

Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah



Syahidmu Sumaiyah membuka HAti para muslimah Agar mempertahankan Agama Allah... Apatah LAgi Dirimu..Merupakan Wanita yg pertama Syahid Di jalan Allah.SubHaNAllah Betapa bersemarak Cinta Allah Dihatimu Sehingga BerkorbaN Rela Memprtahankannya walau dirimu di seksa dengan selautan kesakitan...Selambar WArkah Hatiku Pada Diri Sumaiyah...Bersemayam LAh Di Syurga Allah yg Indah & Kekal..AmiiiiiiiiN

0 ulasan: