BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 27 Ogos 2009

27 OGOS 2009.... Ada jemputan Tadarus BELiA....







Belia DBM(daerah BRunei Muara) bertadarus Al-Qur’an..

BENGKURONG, Khamis, 27 Ogos. - As usual setiap tahun menjelang bulan Ramadan Al-Mubarak umat Islam di negara ani meningkatkan amalan dan menganjurkan kegiatan-kegiatan keagamaan termasuktah majlis-majlis bertadarus..untuk mendapatkan keberkatan dan fadilat dari Allah Subhanahu Wata’ala..

Petang kemarin Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Cawangan Daerah Brunei dan Muara dengan kerjasama Takmir Masjid Kampung Bengkurong mengadakan Program Bertadarus Al-Qur’an Bulan Ramadan Belia di Masjid Kampung Bengkurong, Mukim Kilanas..& i am the one of belia DBM..kana jemputlah....well behagia lah rasanya hehehe....


Tetamu khas::SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kebajikan Belia dan Sukan, Dato Paduka Awang Haji Jemat bin Haji Ampal hadir di Majlis Program Bertadarus Al-Quran Bulan Ramadhan Belia anjuran Jabatan Belia dan Sukan di Masjid Bengkurong.

Bertadarus Al-Qur’an 30 juz dibuat secara berkumpulan oleh para belia dengan bimbingan ‘pentasmiq’ atau guru pembimbing terdahulu sebelum majlis bermula.

Sementara itu majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Faatihah dipimpin oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Dato Paduka Awang Haji Jemat bin Haji Ampal, selaku tetamu kehormat.(he came around 5.15pm lah) Then taruslah kami bertadarus bersama-sama.....

Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian cenderamata sejumlah 25 unit rehal sumbangan JBS kepada Jawatankuasa Takmir Masjid dan sumbangan derma bagi anak-anak yatim Kampung Bengkurong dari pegawai-pegawai dan kakitangan JBS dan orang-orang perseorangan oleh tetamu kehormat.

Untuk pengetahuan semua....Majlis tadarus ani di adakan tujuannya iatah tu...;;

-Program Bertadarus Al-Qur’an Bulan Ramadan Belia diadakan untuk menyemarakkan bulan Ramadan yang mulia dengan kegiatan-kegiatan berkebajikan.

-ia juga bertujuan untuk meningkatkan kefahaman belia tentang kepentingan membaca dan menghayati Al-Qur’an sebagai panduan hidup.

-Program bertadarus atu jua diharap dapat mempertingkat dan mengukuhkan kesefahaman dan kerjasama di antara agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan dan tarbiah belia selain menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti keagamaan.

Sabtu, 8 Ogos 2009

Kenali ALLAH S.W.T





20 sifat WAJIB & MUSTAHIL

1. Wujud

Ertinya Allah itu ada. Mustahil Allah itu tiada dan bukti Allah itu ada ialah adanya alam ini. Tidak mungkin adanya sesuatu itu tanpa ada yang mengadakannya atau menjadikannya.

2. Qidam

Ertinya Allah itu tidak ada permulaan bagiNya. Mustahil Allah itu ada permulaan bagiNya, kerana kalau Allah itu ada permulaan makan samalah Ia dengan makhluk. Jika sama dengan makhluk makan Ia bukan Tuhan.

3. Baqa

Ertinya Allah itu kekal selama-lamanya. Mustahil Allah akan kekal binasa kerana jika Ia binasa maka alam ini tidak akan sempurna dan akan sama turut binasa. Allah kekal selama-lamanya kerana Ia tidak dijadikan tetapi Ia yang menjadikan sesuatu dan menyempurnakannya.

4. Mukhalafatuhu Lil Hawadis

Ertinya Allah tidak meyerupai dengan makhluk. Mustahil Allah menyerupai makhluk kerana Ia yang menjadikan makhluk, antara yang menjadikan dengan yang dijadikan sudah pasti berlainan.

5. Qiyamuhu Binafsihi

Ertinya Allah tidak memerlukan kepada yang lainnya. Mustahil Allah memerlukan kepada yang lainnya kerana jika Allah memerlukan kepada yang lain maka sudah tentu ia lemah, tidak sempurna dan Ianya bukan Tuhan.

6. Wahdaniyah

Ertinya Allah itu Maha Esa. Mustahil Allah berbilang-bilang (banyak) kerana jika ia berbilang sudah tentu akan terdapat perbezaan pendapat serta timbul pula perselisihan faham yang mengakibatkan kebinasaan alam ini.

7.Qudrat

Ertinya Allah itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah kerana jika Ia lemah maka sudah pasti alam ini tiada daYa Ianya bukan Tuhan.

8. Iradat

Ertinya Allah menetapkan sesuatu mengikut kehandakNya. Mustahil Allah dipaksa kerana jika dipaksa Ia adalah lemah dan Ianya bukan Tuhan.

9. Ilmu

Ertinya Allah itu berpengetahuan. Ia mengetahui keseluruhannya samada yang telah dijadikanNya atau yang bakal dijadikanNya. Mustahil Allah itu tidak mengetahui atau bodoh kerana jika Ia bodoh sudah pasti Ia tidak dapat mengatur alam ini. Kejadian alam yang sempurna ini membuktikan Allah itu berpengetahuan yang tiada tolok bandingnya.

10. Hayat

Ertinya Allah itu bersifat dengan hidup. Mustahil Allah itu mati, jika Ia mati nescaya akan rosak binasalah alam ini kerana tiada yang hendak mengaturnya.

11. Sama'

Ertinya Allah mempunyai sifat mendengar. Mustahil Allah itu pekak atau tuli kerana pekak adalah sifat kekurangan. Maha suci Allah dari sifat kekurangan tersebut.

12. Basar

Ertinya Allah itu bersifat melihat. Mustahil Allah itu buta kerana buta itu sifat kekurangan. Maha suci Allah dari sifat kekurangan itu.

13. Kalam

Ertinya Allah itu bersifat dengan berkata-kata atau berfirman. Mustahil Allah itu bisu kerana jika ia bisu sudah pasti Ia tidak dapat memerintah dengan baik. Bukti Allah bersifat dengan berkata-kata itu seperti mana firmanNya yang terkandung di dalam Kitab Al Qur'an. Al Qur'an yang dibaca dan ditulis di atas mashaf itu adalah gambaran dari sifat Kalam yang Qadim yang berdiri atas zat yang Qadim iaitu zat Allah.

14. Kaunuhu Qaadiran

Ertinya Allah itu sentiasa bersifat dalam keadaan berkuasa. Mustahil Allah dalam keadaan lemah. Oleh kerana Allah mempunyai sifat kuasa maka Ia tetap dalam keadaan berkuasa dan tidak pernah berhenti walau sekejap.

15. Kaunuhu Muriidan

Ertinya Allah itu bersifat sentiasa dalam keadaan menghendaki. Mustahil Ia dalam keadaan dipaksa. Oleh kerana Allah mempunyai sifat kehendak maka Ia sentiasa dalam keadaan menghendaki.

16. Kaunuhu 'Aaliman

Ertinya Allah itu sentiasa dalam keadaan mengetahui. Mustahil Ia dalam keadaan tidak mengetahui. Oleh kerana Allah mempunyai sifat Ilmu maka Ia tetap sentiasa bersifat dalam keadaan berilmu.

17. Kaunuhu Hayyan

Ertinya Allah itu bersifat tetap dalam keadaan hidup. Mustahil Ia dalam keadaan mati. Oleh kerana Allah mempunyai sifat Hayat maka Ia sentiasa dalam keadaan hidup.

18. Kaunuhu Samii'an

Ertinya Allah itu sentiasa tetap dalam keadaan mendengar. Mustahil Ia dalam keadaan tuli. Oleh kerana Allah mempunyai sifat mendengar maka Ia tetap sentiasa dalam keadaan mendengar.

19. Kaunuhu Basiiran

Ertinya Allah itu sentiasa tetap dalam keadaan melihat. Mustahil Ia dalam keadaan buta. Oleh kerana Allah mempunyai sifat melihat maka Ia sentiasa dalam keadaan melihat.

20. Kaunuhu Mutakalliman

Ertinya Allah itu sentiasa tetap bersifat dalam keadaan berkata-kata. Mustahil Ia dalam keadaan bisu. Oleh kerana Alla mempunya sifat berkata-kata maka Ia tetap dalam keadaan berfirman

ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR~~~

***Seorang Doktor Memeluk Islam***

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa

keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan

penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia

adalah seorang doktor neurologi(Something concern arah otak).


Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan

itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui

Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya

"berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an". Di antara kaedah-kaedah

yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan

sebagainya.



Apabila ditanya BAGAIMANA dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor

tersebut memberitahu "bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf,

terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh

darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk

berfungsi secara normal.



Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa

darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada

ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang". Urat

tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja.

Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut

mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah

keagungan ciptaan Allah.



Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, akan otaknya tidak akan

dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.



Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk

menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya

memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.



KesimpulannyA ;

Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi

yang tidak beragama Islam, walau pun akal mereka

berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan

mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal.

Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu

untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya,

walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu

adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Ini adalah kesan daripada

ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu

secara lebih normal. Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam

gejala-gejala sosial masyarakat masakini.



Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di

atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dalam apa jua PERSEPSI,keadaan maupun tanggungjawab~

-hasil nurkilan-; Hamba ALLAH Al-Radhiah