BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 25 Jun 2009

RabiatuL ADAwiyaH seriKanDi SuFi



RabiAH binti Ismail Al-Adawiyah -seorang srikandi agung dan wanita sufi yang terkenal dalam sejarah IsLAM. Dia dilahirkan sekitar awal kurun ke- 2Hijrah berhampiran kota Basrah di IRAQ. Walaupun keluarganya miskin dari segi kebendaan namun kAYA dengan pERIBADATAN kepada ALLAH..


Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara' serta zuhud hampir lenyap sama sekali.


Bapa Rabiah merupakan hamba yang sANGAt bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih BERSYUKUR kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi MUSLIMAH yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabiah sendiri begitu GEMAR membaca dan menghayati isi al-Quran sehingga BERJAYA menghafal al-Quran. Sejak kecil lagi Rabiah sememangnya berjiwa halus, Mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.



Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit dan semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabiah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan ASAS kEIMANAN yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali BERTAUBAT.



Rabiah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT. Setiap malam begitulah keadaan Rabiah. Apabila fajar menyinsing, Rabiah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:
"Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu".


Seperkara menarik tentang diri Rabiah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun. Rabiah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mENCINTAI Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabiah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari. Selama 30 TAHUN dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

"YA Tuhanku! TENGGELAMKAN LAH AKU DI DALAM KECINTAAN MU SUPAYA TIADA SUATUPUN YANG DAPAT MEMALINGKAN AKU DARIPADAMU".


Rabiah telah membentuk satu CARA YANG LUAR BIASA di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:


"Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?? Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka BAKARLAH AKU di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka HARAMKAN LAH AKU daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka BERIKAN LAH AKU balasan yang besar, berilah aku MELIHAT WAJAH-MU yang MAHA BESAR DAN dan MAHA MULIA itu".


Begitulah keadaan kehidupan Rabiah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabiah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun.


Sekarang mariLAH kita tinjau diri kita sendiri. Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini???:

"Ya Allah yA RaB! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang ABADI dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan". Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah ERAT pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur...

0 ulasan: