BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 25 Jun 2009

RabiatuL ADAwiyaH seriKanDi SuFi



RabiAH binti Ismail Al-Adawiyah -seorang srikandi agung dan wanita sufi yang terkenal dalam sejarah IsLAM. Dia dilahirkan sekitar awal kurun ke- 2Hijrah berhampiran kota Basrah di IRAQ. Walaupun keluarganya miskin dari segi kebendaan namun kAYA dengan pERIBADATAN kepada ALLAH..


Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara' serta zuhud hampir lenyap sama sekali.


Bapa Rabiah merupakan hamba yang sANGAt bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih BERSYUKUR kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi MUSLIMAH yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabiah sendiri begitu GEMAR membaca dan menghayati isi al-Quran sehingga BERJAYA menghafal al-Quran. Sejak kecil lagi Rabiah sememangnya berjiwa halus, Mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.



Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit dan semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabiah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan ASAS kEIMANAN yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali BERTAUBAT.



Rabiah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT. Setiap malam begitulah keadaan Rabiah. Apabila fajar menyinsing, Rabiah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:
"Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu".


Seperkara menarik tentang diri Rabiah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun. Rabiah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mENCINTAI Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabiah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari. Selama 30 TAHUN dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

"YA Tuhanku! TENGGELAMKAN LAH AKU DI DALAM KECINTAAN MU SUPAYA TIADA SUATUPUN YANG DAPAT MEMALINGKAN AKU DARIPADAMU".


Rabiah telah membentuk satu CARA YANG LUAR BIASA di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:


"Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?? Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka BAKARLAH AKU di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka HARAMKAN LAH AKU daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka BERIKAN LAH AKU balasan yang besar, berilah aku MELIHAT WAJAH-MU yang MAHA BESAR DAN dan MAHA MULIA itu".


Begitulah keadaan kehidupan Rabiah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabiah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun.


Sekarang mariLAH kita tinjau diri kita sendiri. Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini???:

"Ya Allah yA RaB! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang ABADI dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan". Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah ERAT pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur...

Selasa, 16 Jun 2009

Cinta Mencintai Kerna ALLAH~





(1) Kedudukan Dua Orang Yang Cinta Mencintai Kerana Allah

Sesungguhnya terdapat banyak hadith Rasulullah SAW yang menerangkan kedudukan dan darjat dua manusia yang saling cinta mencintai kerana Allah. Hadis-hadis ini menggambarkan kedudukan mereka yang mulia dan tinggi yang telah disediakan oleh Allah di dalam SyurgaNya.

Di antara hadis-hadis itu ialah yang menceritakan kisah tujuh golongan lelaki yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain kecuali naungan Allah sahaja.

Hadis yang bemaksud:

"Mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang membesar di dalam beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya terikat kepada masjid-masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita jelita dan cantik rupawan lalu ia berkata "aku ini takut kepada Allah", seorang lelaki yang bersedekah melalui tangan kanannya lalu disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengatahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan seorang lelaki yang berzikir kerana Allah (yang mengingati Allah) bersunyi ( keseorangan) lalu mengalir air matanya"

( muttafaqun alaihi)

Ini adalah dalil dan nas yang jelas menggolongkan dia sebagai orang yang berkasih sayang kerana Allah di kalangan tujuh orang yang baik lagi terpilih untuk dinaungi dibawah naungan-Nya. Inilah penghormatan dan kemuliaan paling tinggi yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Di manakah lagi kita akan dapati kemuliaan yang seperti itu ???

Sesungguhnya kemulian ialah hak bagi kedua-dua orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T. Dimana pada hari tersebut (kiamat) Allah Taala Rabbul Izzah menyeru mereka dan mempersilakan mereka untuk menerima anugerah yang paling tinggi, iaitu pada hari berhimpunnya sekelian bani (anak) Adam di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

Diriwiayatkan oleh Muslim didalam hadis Qudsi yang bermaksud:

Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali nuangan-Ku"

Alangkah tingginya kemuliaan mereka. Alangkah sempurnannya ganjaran yang akan mereka dapati kerana mereka berkasih sayang kerana Allah.

Sesungguhnya cinta kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain sahaja yang ada dalam hidup ini. Hidup ini adalah hidup yang penuh dengan pelbagai kepentingan diri dan pelbagai perkara yang disukai oleh hawa nafsu. Jadi, cinta kerana Allah dalam suasana yang demikian sangat payah untuk dicapai dan dicari. Tiada siapa yang mampu mencapainya kecuali orang yang telah bersih jiwanya, tinggi semangatnya dan mereka mampu melihat betapa hinanya dunia ini berbanding keredhaan Allah. Tidak hairanlah kalau Allah telah menyediakan bagi mereka darjat yang tinggi sesuai dengan ketinggian mereka didunia dalam mengatasi segala kesibukan dunia yang serba mewah dan penuh dengan perhiasan ini.

Kita dapati keterangan demikian dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah S.A.W baginda bersabda:

"Allah Azzawajalla berfirman: orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku, mereka mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya, para nabi dan shuhada yang menyukai mereka "

riwayat Attarmizi

Marilah sama-kita renung seketika hadis-hadis Abu Hurairah (R.A)

maksudnya: " Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya (sahabat) di sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalannya. Maka tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi " Adakah engkau telah berbudi kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?" Beliau menjawab " tidak, aku mencintainya kerana Allah" Maka malaikat itu brekata kepadanya "Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah.

Alangkah besarnya cinta yang sedemikian yang mengangkat manusia sampai ke darjat di mana Allah mencintai dan meredhainya.

(2) Kesan Cinta Kepada Allah Di Dalam Kehidupan Orang Islam

Didalam hadis yang lain Rasulullah SAW menegaskan bahawa sesungguhnya Mahabbah (berkasih sayang) antara orang beriman adalah syarat-syarat iman yang memasukkan penganutnya kedalam syurga.

[(Demi yang diriku di dalam genggamanNYA , KAMU TIDAK AKAN masuk syurga sehingga kamu BERIMAN, dan kamu tidak beriman sehingga kamu BERKASIH SAYANG. Mahukah kamu aku (NABI) TINJUKKAN sesuatu yang apabila kamu melakukannya maka akan lahirlah kasih sayang??? Sebarkan SALAM DI ANTARA kamu)]

Riwayat Muslim dari Abu HURAIRAH..

Sesungguhnya Rasulullah telah mengetahui dengan pandangan tarbiah yang diperolehi dari Allah, bahawasanya tidak ada sesuatu pun yang dapat mencabut hasad dengki dari dada, dan kekotoran jiwa kecuali persahabatan yang sejati. Satu nilai persahabatan yang tinggi yang menguasai kehidupan orang Islam yang dibangunkan atas dasar Mahabbah, nasihat menasihati, perpaduan, bebas dari segala tipu daya, hasad dengki, benci membenci dan sebagainya.

Dengan kasih sayang yang gemilang inilah, Rasulullah telah membangunkan generasi Islam yang pertama, satu generasi yang telah menyampaikan langit kebumi (rahmat yang melimpah ruah) dan membina mahligai Islam di alam sejagat.

Inilah dia kasih sayang dan perpaduan yang tiada siapa sudi menanamnya didalam hati kecuali Islam. Kasih sayang yang suci lagi kukuh dan cinta yang setia di antara mereka jualah yang akan menjayakan perjuangan mereka.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

(( Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan berjaga malam dan demam.

Riwayat Muslim

Sesunguhnya orang Islam yang menghayati ajaran agamanya akan mempunyai hati dan perasaan yang sentiasa berkobar-kobar untuk mencintai saudara dan sahabatnya. Dia akan menghadapi mereka dengan sepenuh hati dan perasaannya. Inilah asas-asas yang menjadi faktor perpaduan untuk mencapai cinta dan redha Allah di Akhirat kelak...

Wanita Pejuang AgaMa...

Sumaiyah
binti Khabbab merupakan hamba kepada Abu Huzaifah bin Al-Mughirah iaitu
seorang pembesar Quraisy dan telah menetap bersama Abu Huzaifah sedari
kecil lagi memandangkan beliau seorang anak yatim piatu. Perwatakan
beliau yang baik dan taat kepada perintah tuannya sememangnya
menjadikan beliau cukup disegani walaupun taraf beliau hanya sebagai
seorang hamba yang berkulit hitam. Beliau juga ditakdirkan berkahwin
dengan Yasir yang juga bekerja dengan Abu Huzaifah. Hasil perkahwinan
itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ammar. Sumayyah
sekeluarga merupakan antara individu yang terawal memeluk agama Islam
yang dibawa oleh junjungan besar, Nabi Muhamad s.a.w di Mekah.

Kisah
beliau yang masih dikenang adalah saat beliau sekeluarga ditangkap oleh
Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Dengan ketabahan hati Sumayyah sekeluarga
serta taat setianya mereka kepada Islam, mereka tidak gentar dengan
seksaan-seksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Nabi
Muhammad yang melihat kejadian tersebut juga tidak mampu berbuat
apa-apa. Baginda hanya mampu bersabda, “Bersabarlah keluarga Yasir.
Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.” Dalil ini menunjukkan
jaminan Rasulullah kepada mereka sekeluarga sebagai penghuni Syurga
Jannatun Naim. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, mereka
sekeluarga gugur syahid dan Sumayyah merupakan wanita pertama Islam
yang gugur syahid.

Sumbangan
Sumaiyah amat bermakna dalam mempertahankan kesucian akidah Islam.
Antaranya: Pertama, berani menyatakan yang hak. Kedua, Sanggup
mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian akidah. Ketiga,
memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan
agama Islam. Keempat, memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam
yang lain untuk meneruskan perjuangan.

Seksaan terhadap Sumaiyah sekeluarga:

-Kaki & tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik

-Rumah mereka dibakar

-Dicucuk dengan besi panas

-Ditikam dengan lembing

-Dicungkil biji mata

-Dibenam ke dalam air

Sumaiyah (Hati Seorang Mujahidah) by Hijjaz

Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah



Syahidmu Sumaiyah membuka HAti para muslimah Agar mempertahankan Agama Allah... Apatah LAgi Dirimu..Merupakan Wanita yg pertama Syahid Di jalan Allah.SubHaNAllah Betapa bersemarak Cinta Allah Dihatimu Sehingga BerkorbaN Rela Memprtahankannya walau dirimu di seksa dengan selautan kesakitan...Selambar WArkah Hatiku Pada Diri Sumaiyah...Bersemayam LAh Di Syurga Allah yg Indah & Kekal..AmiiiiiiiiN

Manis NYa Perjuangan DaqWAh..






Perjuangan Al Imam Hassan Al HuDaiBi...

Adapun Perjuangan pada bidang pekerjaan dan spesialisasinya memiliki sejarah yang sangat menarik. Suatu ketika ketua mahkamah konstitusi bertanya kepadanya: Ya Hasan, bukankah engkau bersama saya, bahwa kebanyakan dari undang-undang sipil saat ini berkaitan erat dengan hukum-hukum yang ada dalam fiqh Islam? Hasan Hudaibi berkata: betul. Orang tersebut berkata lagi: jadi apa dasarnya tuntutan Anda untuk kembali pada syariat Islam dan menerapkan hukum-hukumnya?”. Beliau menjawab: Hal tersebut karena Allah SWT. Dia berfirman: “Dan hendaklah saat memutuskan hukum diantara mereka sesuai dengan apa yang diturunkan Allah”. Dan tidak mengatakan: Dan berhukumlah seperti yang diturunkan Allah. Dan bahwa berhukum pada syariat Allah menurut seorang muslim adalah ibadah dan menunjukkan ketaatan kepada perintah Allah, dan itulah sumber keberkahannya, rahasia kekuatan yang ada dalam jiwa orang-orang yang beriman dengannya dan dalam komunitas jamaah muslimah.

Ketika dijabarkan rancangan revisi undang-undang sipil Mesir pada tahun 1945 di hadapan ustadz Al-Hudaibi, tertulis disitu bahwa beliau menolak mendiskusikan proyek tersebut dari sisi prinsipnya; karena tidak berdasarkan pada al-kitab dan as-sunnah.

Dan pada tahun 1947 Ustadz Hasan Al-Hudaibi menerbitkan sebuah artikel di koran Mesir “Akhbar Al-Youm,” yang membantah amandemen rancangan undang-undang sipil Mesir, beliau berkata, “bahwa amandemen terbaik menurut pandangan saya adalah yang mengacu pada sebuah undang-undang yang satu; untuk menerapkan hukum syariah dalam kasus pidana dan perdata kemudian beliau berkata: “Aku telah menyatakan pendapat di komisi revisi undang-undang sipil dalam Senat, dan saya sampaikan: Bahwa undang-undang kita harus berdasarkan Al-Quran dan Sunnah dalam berbagai sendi kehidupa, bukan hanya dalam urusan syariat saja. Bahwa Islam adalah agama yang koheren dan terpadu tidak boleh dipisah-pisah, sehingga harus diterapkan seluruh ketentuannya oleh setiap orang yang menganutnya” Inilah pendapat yang saya kemukakan, dan saya berharap bahwa saya telah menyelesaikan tugas dalam melakukan revisi undang-undang, berusaha mempelajarinya hingga tidak terdapat di dalamnya undang-undang asing yang tidak konsideran dengan Al-Qur’an Al-Karim, yang tidak bisa membedakan antara yang halal dan yang haram, padahal keduanya sangat jelas karakter dan batasan-batasannya hingga hari kiamat.

Dan inilah yang saya sampaikan di hadapan tim revisi, dan saya yakin bahwa mereka tidak akan menerima dan mengambilnya, namun bagi saya tidak mengapa selama saya yakin dengan apa yang saya sampaikan, namun menurut praduga saya, kelak setelah berjalan 20 atau 30 tahun opini akan mengarah pada pengambilan pendapat saya; setiap kali Allah melapangkan dada umat manusia dengan Al-Qur’an pada hari yang meliputi opini dan pendapat ini”.

Kami telah melihat bahwa berbagai undang-undang yang bersumber pada undang-undang asing tidak memberikan kemaslahatan pada negeri kami, tidak mencapai apa yang diharapkan, penjara ini penuh narapidana, kejahatan meningkat, kemiskinan menyebar, dan moral dan akhlak menurun, hubungan sosial memburuk hingga terjadi setiap hari sejak para pendahulunya, dan ini semua tidak mampu dirubah kecuali jika kita menyusun kembali hubungan kita dengan sunnah kauniyah yang telah diturunkan melalui wahyu dengan berbagai rahasia-rahasianya, dan tanda-tandanya yang terdapat dalam Al-Qur’an, dan dengan itu semua, maka kita akan dapat tinggal di rumah, di tengah keluarga dan masyarakat, bersama anak-anak kita, dan bersama semua orang yang hidup bersama Al-Qur’an “.

Pada tanggal sepuluh Desember 1952, konstitusi Klasik Mesir mengumumkan revisi dan setelah berlalu dua hari ditetapkan seratus anggota untuk membuat konstitusi baru yang mana di antara mereka ada tiga orang yang berasal dari Ikhwanul Muslimin. Akhirnya majalah “El-dakwah” menerbitkan artikel yang mengajak untuk mendukung konstitusi berdasarkan Islam. Hasan Al-Hudaibi mengajak untuk dilakukan referendum; guna mengetahui apakah Mesir memilih syariat Islam atau undang-undang barat? Jika memilih berhukum pada Islam maka pemerintah harus komitmen melaksanakan pilihan tersebut, dan jika memilih undang-undang Barat –yang tidak mungkin keluar dari diri seorang muslim- maka kita harus mengaca diri, mengajarkan umat akan perintah Tuhannya dan apa yang seharusnya mereka lakukan”.

Awal Hasan Al-Hudaibi mengenal Ikhwanul Muslimin

Dikisahkan bahwa hubungan beliau dengan Ikhwanul Muslimin dimulai sejak tahun 1942, yaitu saat beliau mendapatkan kepuasan dengan dakwah al-Ikhwan melalui praktek sebelum mendapatkannya secara teori. Hal tersebut terjadi ketika beliau melihat sebagian anggota kerabatnya dari para petani yang sedang menghadapi berbagai macam masalah; agama dan politik, yang kebanyakan dari masyarakat umum tidak memahami hal tersebut, terutama karena kebanyakan dari mereka adalah berasal kalangan umi (buta huruf), dan ketika diketahui bahwa hal tersebut kembali kepada para Ikhwan, beliau tertarik dengan cara dakwahnya, sehingga beliau sangat antusias untuk menghadiri khutbah Jum’at di masjid-masjid yang diisi oleh pendiri jamaah Ikhwan; Hasan Al-Banna. Dan sejak tahun 1942 beliau mulai menjalin hubungan dengan dakwah yang penuh berkah ini melalui pendirinya langsung terutama di saat beliau melakukan kunjungan ke kota Zaqaziq.

Adapun awal begitu tertariknya beliau dengan dakwah Ikhwanul Muslimin adalah saat mendengar ceramah ustadz Hasan Al-Banna tentang masalah membersihkan jiwa, menumbuhkan perasaan, menggelorakan ruh. Ketika beliau mendengarkan uraiannya ada perasaan aliran darah yang deras dan kencang merasuk ke dalam jiwanya, bergelora ruhnya, akalnya, hatinya dan perasaannya, sehingga tidak membutuhkan waktu lama dan usaha yang keras, segera terdorong jiwanya untuk bergabung dengan dakwah yang penuh berkah ini, dakwah yang membawa kebenaran, dan siap bekerja untuknya, terikat dengannya serta komitmen untuk berjihad di jalannya. Pada saat itu Imam Hasan memandang telah terjadi kehancuran di tengah umat Islam sehingga perlu adanya kerja keras untuk menolong dan menyelamatkannya. Dan ditambah kecemburuan iman Hasan Al-Banna yang bergelora di dadanya, yang mana hal tersebut dapat diketahui saat beliau berbicara, baik dihadapan para ulama yang shalih dan dihadapan orang-orang yang duduk-duduk dan nongkrong di kedai kopi.

Pada saat itu –setelah mendengar uraian imam Hasan Al-Banna- beliau langsung menghadap, dan setelah berbicara singkat, beliau melakukan janji, ikatan dan baiat. Baiat yang mengikat dirinya dan kehidupannya untuk selamanya, dan berada di jalan dakwah yang penuh berkah ini, mengarungi masa depan dakwah. Dan inilah model kejujuran para rijal dakwah. Mengikat jiwa mereka dengan dakwah kehidupan masa lalunya, yang sedang berjalan dan yang akan datang dengan kebenaran.

Dan karena karakter imam Hasan Al-Hudaibi memiliki kecerdasan dan kejelian, jiwa yang kokoh, ruh yang bersih, sehingga ketika mendengar dakwah imam Hasan Al-Banna yang bersumber dari kejujuran dan keikhlasan, dan totalitas yang begitu dalam, beliau yakin bahwa ini adalah dakwah yang akan memberikan air kesejukan bagi siapa saja yang haus hatinya, perasaannya dan jiwanya.

Isnin, 8 Jun 2009

Usia Itu BAhtera





Salam Ukhwah~.... Today masuk 15 jamadilakhir 1430H, 9 jun 2009. Hehe lets guess apa ada??????? Ehem ehem... Dengan Hormat & sukacita peramba Datin dcni memuatkan ucapan Selamat Hari Jadi khas buat kekasih kekasih setiaku zulizah & Siti Sumaiyah.. Sahabat yang banyak mengikuti jalan da'wahku Disaat hati terbuka... Durang anilah sentiasa ada untuk aku... either dlm masa susah,sanang,menangis,menuntut ilmu,merawat pesakit,sama2 sakit hehe mencari cinta?ehm bolehlah...hehehehe


Doa hamba buat kalian.. Semoga mendapat rahmah Allah wa berkahnya..muga sukses dalam bidang kejururawatan & tercapai hajat graduate Di UBD...Amin ya Rabbal a'alamin~Rezki Allah atu sentiasa Ada..Terserah tani untuk berusaha.... Ehm nanti celebrate birthday kamu... cukuplah dengan doa selamat heheheheh

zulizah..perempuan yang sujudnya di nantikan Allah,
Sumaiyah perempuan yang imannya di damba Allah...
Dimana pun kamu Allah sentiasa Ada...
Hargailah usia yang dikurniakannya.

Rabu, 3 Jun 2009

yang indaH itu semuanya dari Allah Ta'alla..




"KATAKANLAH SESUNGGUHNYA SOLATKU,IBADAHKU, HIDUPKUdan MATIKU HANYALAH UNTUK ALLAH, RABB SEMESTA ALAM"

(AL-AN'AM; 162)